Monday 18 April 2016

Profil Kantin "Anjung Selera Sebati"


Kantin sekolah yang bersih dan ceria memberi keselesaan dan keyakinan kepada seluruh warga sekolah untuk menikmati hidangan dengan lebih menyelerakan dan yakin akan keselamatannya. Oleh itu, usaha menjadikan kantin sebuah tempat yang bersih amat wajar. Selain itu, kebersihan dan keceriaan kantin melambangkan kesepaduan hati dan kerjasama yang utuh dalam kalangan seluruh warga sekolah.

RASIONAL

Suasana dan persekitaran kantin yang bersih dan ceria meningkatkan keselesaan pelajar untuk menikmati makanan dengan lebih selamat. Hal ini perlu dalam memastikan minda mereka sentiasa cergas dan cerdas dan ini sekaligus melahirkan pelajar yang kekal sihat dan berkualiti. Selain itu, hubungan dua hala antara Pentadbir dan Pengusaha Kantin perlu bagi membangunkan tahap pengurusan kantin yang cemerlang selain pemupukan sikap pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka.


OBJEKTIF

Ø  Melahirkan generasi prihatin,memiliki disiplin diri yang tinggi dan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan kantin.
Ø  Menanam sikap  dan nilai-nilai murni yang tinggi untuk turut sama menjaga kebersihan dan keceriaan kantin.
Ø  Membina daya muafakat dan kerjasama dalam memastikan kebersihan dan  keceriaan kantin sentiasa terpelihara.
Ø  Memastikan pengusaha kantin menyediakan makanan yang bersih, berkhasiat, dan berkualiti kepada seluruh warga sekolah.

No comments:

Post a Comment